Monday, October 31, 2011

memohon pertolongan-Nya

assalamualaikum =)
still dalam proses meng-update blog.. hehehe
dah lme tak tulis blog ny..
ny pon amek n dpt kesedaran dari slh seorng pensyarah..
[melalui blog dakwah dapat disampaikan jua]
pape pon minggu ny minggu exam..
so sibuk cikit ar nk exam ny...
so the way to success is struggle, struggle n struggle
n lastly pray to allah..
insyaallah Allah sayusa'iduna..
tpi debaran tu terasa gak ar ^^,
sbb first time kot exam style university lah katakan..


insyaallah lepas exam sy akan membuat penambahan dan akan mencuba meneruskan penyampaian dakwah islamiyyah ini

Maksudnya : Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Daripada Abu Umamah r.a katanya : telah ditanya orang akan Rasulullah SAW :
" Ya  Rasulullah SAW, manakah doa yang paling didengari??" Rasulullah SAW bersabda, " dipenghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu."

Berdoa adalah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. Antaranya :


1. Keadaan 
bersih diri sebaik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
2. Dalam keadaan 
khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap arah kiblat.
3. 
Merendahkan suara dan tidak menggangu orang lain.
4. 
Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
5. 
Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan Allah SWT.
6. 
Mengulang-ulangkan ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
7. Memulakan dengan 
memuji Allah dan selawat (keatas nabi Muhammad SAW) dan juga mengakhiri dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
8. 
Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
9. Hendaklah 
memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
10. Doa itu bukan bertujuan untuk 
melakukan dosa, atau memutuskan silaturrahim danjangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
11. Memulai doa dengan 
memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara-saudara beriman.
12. Hendaklah dengan 
penuh perasaan pengharapan dan jangan mencuba mengatakan : " Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah sekiranya Engkau inginkan.
13. 
Mengangkat kedua-dua belah tangan ke paras bahu seperti yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.
14. 
Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah perlindungan.
15.Berdoa dengan 
suara perlahan.yang perlu dipatuhi supaya dimakbulkan Allah. 

wallahu 'alam..
assalamualaikum..
*mintak doakan agar dipermudahkan ketika menjawab peperiksaan.. amin..

No comments:

Post a Comment